Thursday, 7 July 2011

Aku yang sendiri?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Permulaan kata, bicara saya mulakan dengan nama Allah S.W.T, semoga saya sendiri dan para pembaca dalam rahmatnya.

Kadangkala kita terfikir kenapa kita harus ditimpa musibah dan ujian darinya, kenapa?
Kenapa aku harus hidup susah?
Kenapa Allah S.W.T, tarik nyawa kedua ibu bapaku?
Kenapa aku rasa seperti orang tidak berguna?
Kenapa aku tak senang macam orang lain?

Aku bercerita mengenai aku, apa yang pernah aku rasa dalam kehidupan ni. Banyak kali aku mempersoalkan soalan2 tu secara luahan yang nyata ataupun hanya sekadar makanan hati saje.
Dan pernah seseorang berkata pada aku 'farid ko rugi tau sebab orang yg dah tak de mak ayah nie, die akan kehilangan dua keberkatan dalam hidup'. Tersentak aku rasakan, satu tujahan yang cukup untuk mengalirkan air2 mata persoalan dan kesedihan dalam hati ni. Sifat cemburu ataupun jeles selalu menyinggah tatkala melihat orang sekiling dengan parent dieorang, terutamanya ketika hari pendaftaran...'Aku cemburu tapi itu yang aku rindu'.  Mungkin aku tidak menunjuk seribu rasa yang terpendam, tapi kadang2 teringin diluahkan, tapi itu bukan sifat aku. Sering aku menatap gambar kedua ibu bapa ku, bukan untuk ditatap pilu, tapi cukuplah sekadar pengubat rindu, cukuplah sekadar mengembalikan memori2 indah, dan cukuplah sekadar untuk mengingatkan aku akan tanggungjawab kepada mereka.Tipulah kalau aku kata aku tak menangis, dah puas aku menangis tapi dalam sudut hati selalu terfikir untuk apa menangis?.Aku bersyukur sebab aku masih tabah dan terus tabah.Aku tahu Allah maha mengetahui, mungkin ini adalah cara untuk merubah aku menjadi seorang yang lebih baik. Aku bersyukur kerana Allah masih tidak menarik nikmat2 yang lebih besar, iman, islam, dan masih sihat. Syukur dan Alhamdulilah atas apa yang telah dikurniakan walaupun bukan untuk selamanya.Syukur kepadamu ya Allah.


Mungkin kita tidak faham dan sedar kenapa kita ditimpa ujian. Allah menguji hambanya kerana tahu akan kemampuan hambanya itu dan kita kena sedar bahawa ujian yang datang merupakan salah satu jalan untuk kita kembali kepadaNya. Ingatlah selangkah kita mendekati Allah, beribu kali kita didekatiNya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Maha Menyayangi.

Sebelum mengakhiri entri ini saya menyeru kepada kawan2 dan para pembaca agar hargailah mereka yang masih ada dan terangilah dengan sedekah2 doa kepada yang telah kembali kepadanya. Saya menulis entri ini bukanlah untuk meminta simpati tetapi sekadar renungan dan medium untuk saya berbakti kepada mereke yang sudah pergi.

Saya juga mengambil kesempatan untuk sama2 bersedekah Al-Fatihah dan mendoakan kepada arwah ibu bapa saya Yusop bin Ismail & Zaharah binti Yusoh.

sekian wasalam...