Sunday 7 August 2011

Kasih seorang Kekasih.........

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Permulaan kata, bicara saya mulakan dengan nama Allah S.W.T, semoga saya sendiri dan para pembaca dalam rahmatnya.

Entri kali ini  ingin saya kongsikan kepada semua para pembaca di luar mengenai insan dan hamba Allah S.W.T yang paling mencintai kita iaitu Rasulullah. Selepas Allah S.W.T, Rasulullah lah yang patut kita cintai dalam turutan bercinta sebagai seorang mukmin sejati.

Memang diakui bukan mudah untuk mencintai insan yang tak pernah kita lihat dan tatapi, mungkin kita lebih menyayangi ibu bapa, sahabat, mahupun kekasih kita daripada Rasulullah. Tetapi sebagai umat Rasulullah kita harus berusaha meletakkan  Rasulullah sebagai manusia yang paling kita cintai, alasannya mudah, kerana Rasulullah amat mencintai umatnya. Baginda mencintai umatnya bukan hanya sekadar di dunia, malah di akhirat nanti, di padang Masyar nanti, semua orang saling tidak mengendahkan, kecuali Baginda yang akan sibuk mencari umatnya untuk diberi syafaat..


Baginda sanggup meninggalkan segala kemewahan dan keamanan yang dikecapinya. Baginda sanggup berhadapan dengan masyarakat tanpa memikirkan keselamatan dirinya hanya untuk memberi peringatan, disebabkan kasih sayangnya kepada umatnya. Baginda bersungguh-sungguh menyebarkan kasih sayang, dan tiada perkara yang paling bernilai yang melambangkan kasih sayang Baginda kepada manusia, melainkan mengeluarkan manusia dari kejahilan kepada keilmuan, mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya dan memberi keselamatan kepada manusia di dunia dan akhirat.

*sila tonton video ini...






Daripada video ni kita dapat lihat betapa besarnya kasih sayang Rasulullah kepada umatnya. Intipati video ini adalah untuk menunjukkan kepada kita mengenai kasih dan kepedulian Baginda kepada kita di padang Masyar nanti. 

Kisah ketika kewafatan Rasulullah

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. "Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. "Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi. "Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?" "Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: �Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. "Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanukum --peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."
Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. "Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli �ala Muhammad wa baarik alaaa wa salim �alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
(Dipetik daripada : http://poniran.abatasa.com)
  

Oleh itu, dalam membuktikan cinta kita kepada Rasulullah, terdapat beberepa perkara yang boleh kita lakukan :
  • Mentauhidkan Allah S.W.T
  • Menghargai Al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya
  • Mentaati sunah Rasulullah
  • Menyampaikan sunah Rasulullah
  • Sentiasa memuji dan mengingatinya
  • Mencintai mereka yang mencintai Rasulullah
Sesungguhnya, kasih sayang Rasulullah tidak mungkin dapat di balas, apa yang dapat kita lakukan ialah berusaha membuktikan cinta kita kepada Baginda.

Sebagai tatapan....
Nabi pernah bersabda:"Barang siapa mengikuti sunahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku "

Tu sajalah yang dapat dikongsikan dalam entri kali nie, semoga kawan2 dapat input yang berguna dan dapat menimbulkan kesedaran dalam diri kita. Saya berpesan pada diri saya dan para pembaca yang lain adalah kerana saya sayang saudara2 saya.

Sabda Nabi: "Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya  "

Tutup cerita. Saya sayang para sahabt saya. :)

Sekian. Assalamualaikum wbt. ^^

 

Monday 25 July 2011

jom makan...........:)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Permulaan kata, bicara saya mulakan dengan nama Allah S.W.T, semoga saya sendiri dan para pembaca dalam rahmatnya.

Entri kali nie saya nak kongsikan sempena bulan ramadan yang akan menjelang tak lama lagi. Apabila menjelang Ramadhan nie, cara dan jenis pemakanan haruslah dititikberatkan agar ibadah yang sempurna mampu dilaksankan. Menyentuh bab menjaga pemakan nie, sayalah salah seorang yang tak berapa nak berjaya, so , harap ilmu dalam entri kali nie sedikit sebanyak dapat membantu.

                                                   sodap nyer.......................


Pernah diceritakan bahawa Rasullulah tidak pernah mengalami sakit perut mahupun penyakit yang lain kerana cara pemakanan Rasullulah yang betul dan serba sederhana. Pada zaman Rasullulah juga pernah berlaku satu kisah mengenai seorang doktor beragama kristian yang pelik kenapa tiada seorang pun di Madinah yang datang berjumpanya meminta ubat. Doktor nie bertindak sebagai duta lah time tu, doktor nie pun bertanya kenapa tiada seorang pun datang meminta ubat kepada Rasullulah. Rasullulah menjawab, kami tidak sakit kerana kami makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang dan makan secara sederhana. Inilah yang susah diubah masyarakat kite sekarang termasuklah saya sendiri, fakta juga menunjukkan kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia mengalami masalah obesiti. Pertamanya cara nabi ketika makan, nabi duduk ketika makan ialah seperti duduk tahiyat awal tapi lutut kanan dinaikkan dan kita duduk di kaki kiri, kaedah ini telah dibuktikan positif oleh sains, dimana ketika berposisi begini 1/3 ruang diperuntukkan untuk makanan memasuki perut,1/3 ruang untuk udara, dan 1/3 ruang untuk air. Nabi juga makan menggunakan tangan dan hanya menggunakan tiga jari sahaja, doa makan sebelum dan selepas makan juga jangan dilupakan....:).



Kemudian, saya nak ceritakan mengenai diet Rasullualah, diet nie juga telah dibuktikan positif oleh sains serta dianggap salah satu diet yang terbaik.



Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CONTOH : KOKTEL

Ini kerana, setiap sumber makanan itu mempunyai ion yang berbeza. Contohnya, makanan laut mempunyai ion negatif, so, memakan makanan yang berion positif tidak digalakkan kerana boleh menyebabkan makanan susah dihadam.

Selain itu, makan lah buah sebelum makan makanan lain .Tidur satu jam selepas makan tengahari, tapi janganlah lah tidur time dalam kelas....:) serta jangan lupa makan malam....
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)....

Sebagai tatapan....
Nabi pernah bersabda:"Barang siapa mengikuti sunahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku "

 Tu sajalah yang dapat dikongsikan dalam entri kali nie, semoga kawan2 dapat input yang bergune mengenai cara pemakanan. Saya berpesan pada diri saya dan para pembaca yang lain adalah kerana saya sayang saudara2 saya.

Sabda Nabi: "Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya  "

Selamat berpuasa.....

Tutup cerita. Saya sayang para sahabt saya. :)

Sekian. Assalamualaikum wbt. ^^

Thursday 21 July 2011

hei girls!!! aku cakap sebab aku sayang..:)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


   Permulaan kata, bicara saya mulakan dengan nama Allah S.W.T, semoga saya sendiri dan para pembaca dalam rahmatnya.


    Tajuk entri nie macam pelik jer kan, macam entri cinta jer erk. Aku eager nak tulis entri nie sebab aku rase terpanggil untuk sentuh pasal aurat, tapi untuk entri nie aku just fokus untuk tudung jer. Pelik erk, lelaki sebok nak tulis pasal nie, bagi aku tak ader yang peliknyer sebab kiter nie kan saudara sesama islam....:). Sebagai saudara sesama islam kita haruslah saling mengingati.


    Aku tau perempuan sekarang suker gile berfesyen, tudung kadang2 sampai 3 lapis dah macam layer cake dah. Tapi bagi aku, no problem jer kalau  memenuhi tuntutan yang betul. Nie dalilnyer mengenai pemakaian tudung yang betul.
  
Allah dalam firmanNya yang amat jelas:
"…Dan hendaklah mereka (wanita beriman) menutup kain tudung mereka ke paras dada…" [ an-Nur:31]


   Jelas menunjukkan Allah memerintahkan pemakaian tudung yang betul. Tudung yang memenuhi piawaian ialah tudung yang menutup sehingga bawah dada dan mestilah jenis kain yang tidak menampakkan bentuk dan tidak jarang. Kata lainye pemakaian tudung yang betul nie dah jadi undang2. So, kalau tak ikut kene punish lah nanti. Sometimes, aku sendiri tension tengok ramai perempuan sekarang gemar sangat pakai penutup rambut ngan sarung kepala@skarf jer, bagi aku tak cantik pun bagai fesyen yg pelik2 tu.

                                                   sekadar gambar hiasan.......:)

   Perempuan yang pakai tudung yang memenuhi piawain nie lagi cantik aku rase. Kadang2 ader yang cakap pakai tudung labuh atau tudung lerang 45, 60 nie buruk, old fashioned lah kononyer. Bawah nie ader some pic tudung2 yang cantik dan memenuhi piawaian dalam islam....:)
               
                  cantik tak?.......cantikkan....

   Tu je lah untuk entri nie. Harap, kawan2 wanita boleh dapat input yang berguner. Kalau ader yg nak bertukar kepada pemakaian tudung yang memenuhi piawain, Alhamdulilah. Nie baru sentuh pasal tudung nie, pakain pun harus dititkberatkan. Entri ini di tulis sebab aku sayang saudara sesama islam aku, tu jer, tak lebih...

Tutup cerita. Saya sayang para sahabt saya. :)

Sekian. Assalamualaikum wbt. ^^

Thursday 7 July 2011

Aku yang sendiri?

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Permulaan kata, bicara saya mulakan dengan nama Allah S.W.T, semoga saya sendiri dan para pembaca dalam rahmatnya.

Kadangkala kita terfikir kenapa kita harus ditimpa musibah dan ujian darinya, kenapa?
Kenapa aku harus hidup susah?
Kenapa Allah S.W.T, tarik nyawa kedua ibu bapaku?
Kenapa aku rasa seperti orang tidak berguna?
Kenapa aku tak senang macam orang lain?

Aku bercerita mengenai aku, apa yang pernah aku rasa dalam kehidupan ni. Banyak kali aku mempersoalkan soalan2 tu secara luahan yang nyata ataupun hanya sekadar makanan hati saje.
Dan pernah seseorang berkata pada aku 'farid ko rugi tau sebab orang yg dah tak de mak ayah nie, die akan kehilangan dua keberkatan dalam hidup'. Tersentak aku rasakan, satu tujahan yang cukup untuk mengalirkan air2 mata persoalan dan kesedihan dalam hati ni. Sifat cemburu ataupun jeles selalu menyinggah tatkala melihat orang sekiling dengan parent dieorang, terutamanya ketika hari pendaftaran...'Aku cemburu tapi itu yang aku rindu'.  Mungkin aku tidak menunjuk seribu rasa yang terpendam, tapi kadang2 teringin diluahkan, tapi itu bukan sifat aku. Sering aku menatap gambar kedua ibu bapa ku, bukan untuk ditatap pilu, tapi cukuplah sekadar pengubat rindu, cukuplah sekadar mengembalikan memori2 indah, dan cukuplah sekadar untuk mengingatkan aku akan tanggungjawab kepada mereka.Tipulah kalau aku kata aku tak menangis, dah puas aku menangis tapi dalam sudut hati selalu terfikir untuk apa menangis?.Aku bersyukur sebab aku masih tabah dan terus tabah.Aku tahu Allah maha mengetahui, mungkin ini adalah cara untuk merubah aku menjadi seorang yang lebih baik. Aku bersyukur kerana Allah masih tidak menarik nikmat2 yang lebih besar, iman, islam, dan masih sihat. Syukur dan Alhamdulilah atas apa yang telah dikurniakan walaupun bukan untuk selamanya.Syukur kepadamu ya Allah.


Mungkin kita tidak faham dan sedar kenapa kita ditimpa ujian. Allah menguji hambanya kerana tahu akan kemampuan hambanya itu dan kita kena sedar bahawa ujian yang datang merupakan salah satu jalan untuk kita kembali kepadaNya. Ingatlah selangkah kita mendekati Allah, beribu kali kita didekatiNya. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah dan Maha Menyayangi.

Sebelum mengakhiri entri ini saya menyeru kepada kawan2 dan para pembaca agar hargailah mereka yang masih ada dan terangilah dengan sedekah2 doa kepada yang telah kembali kepadanya. Saya menulis entri ini bukanlah untuk meminta simpati tetapi sekadar renungan dan medium untuk saya berbakti kepada mereke yang sudah pergi.

Saya juga mengambil kesempatan untuk sama2 bersedekah Al-Fatihah dan mendoakan kepada arwah ibu bapa saya Yusop bin Ismail & Zaharah binti Yusoh.

sekian wasalam...

Monday 27 June 2011

Drama Mahasiswa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Permulaan kata, permulaan bicara, mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Semoga pembaca dan diri saya sentiasa dalam keredhaanNya. Amin.

Susur alur aturan perjalanan hidup kita seringkala diselitkan dengan drama kanak-kanak yang tidak matang dan jarang sekali bertindak berpaksikan rasional diri. Sikap pra-matang inilah yang bagi saya begitu menjijikkan untuk didekati mahupun dilihat oleh kerana baunya yang cukup busuk. Sebaldi air mata ditakrifkan sebagai apa itu "sejati". Usah bercanda. Apa utuh hujah kamu?

Saya yakin, segelintir pembaca sudah meletakkan tanda soal diaatas kepala. Timbul persoalan yang begitu mudah dijawab. Mengapa tajuk entri tidak begitu selari dengan isi entri? Apakah wujud satu pertelingkahan dimensi diantara "drama mahasiswa" dan juga "drama kanak-kanak yang kotor dan jijik" ?

Ada. Kerana drama mahasiswa hanya pada nama dan pangkat umur. Namun tindakan sesetengah daripada kita sudah jelas meletakkan dimana posisi kita.

Drama persahabatan?

Drama cinta?

Drama pelajaran?

Bertindak seolah-olah ada diantara kita merupakan malaikat? Perawi hadith? Ketawa berdekah si syaitan yang direjam kerana berjaya membisik kata-kata menghasut.

Drama pelajaran. Kamu kata kamu cintakan ilmu, namun tatkala si pemberi ilmu tiada, lincah mulutmu berbicara melontarkan cerita tak berfaedah. Busuk hatimu kerana penyebar fitnah. Penipu! Pengkhianat! Kamu tusukkan satu persatu pisau kepada si dia yang menyebarkan ilmu kepadamu! Dusta kamu! Kerana satu kesilapan, kamu keji si dia. Sedarkah kamu, si penuntut ilmu?

Drama cinta. Usah dibicara. Sudah tersemat di hati. Sudah dalam ilmu kita. Ironinya cuma segelintir sahaja yang begitu bodoh dan goblok kerana tidak mahu mengakuinya.

Drama persahabatan. Andai kamu meletakkan "sayang" terhadap sahabat kamu, ianya bukan tiket untuk kamu mengawal jalan cerita hidup sahabat kamu. Dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia keluar dan sebagainya. Tetapi sematkanlah dengan nasihat dan pengaruh ke arah kebaikan. Sesungguhnya, ia akan menjadi lebih indah.......


Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”
IMAM BUKHARI


Tutup cerita. Saya sayang para sahabt saya. :)

Sekian. Assalamualaikum wbt. ^^

Sunday 26 June 2011

melodi cinta.....


Allah is calling
But I didn't answer
And when Allah is calling
I just listen to the voices
Allah is calling
I just answer sometimes
And when Allah is calling
I just listen to the whispers
Allah is calling
I answer so many times
Allah is calling
I'm tired of them
Hardly forching myself
I have to accept it all
And that is really me
Who's still not close to Allah
THE ZIKR: ALLAH IS CALLING
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


lagu yang penuh bermakna ni, sebenarnya bukanlah sebuah lagu yang baru...lagu ni sebenarnya sudah menjangkau lebih 10 tahun......
lagu ni bertemakan kasih sayang ALLAH kepada hamba2nya...mungkin kite tidak sedar atas kasih sayang yang sejati ini berada dekat dengan kite...marilah kite mencarinya agar mendapat kebahagian dan kejayaan duniawi dan ukhrawi...
Salam.....



Friday 24 June 2011

Pengelola Jasad....







السلام عليكم ورحمة الله وبركاته




Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihi....moga penulisan saya mendapat barakah dan rahmat daripada pencipta sekian alam.....


sudah diceritakan dalam Al-Quran bagaimana roh ditiup dan disemadikan sementara waktu dalam jasad manusia.....dari kandungan lagi kita sudah memasuki jasad...tanpa mengetahui HAKIKAT bahawa fizikal kita hanya sebuah medium atau pun kotak kepada kita yakni roh yg telah berjanji akan kesetiaan kepada Allah sejak Luh Mahfuz lagi...


“ Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.” [ Al Hadid : 22 ] 


entri yang saya ingin kongsikan berkisar tentang HAKIKAT bahawa kita makhluk bernama manusia merupakan hamba serta khalifah di muka bumi ini....Allah menciptakan setiap benda di bumi ini dengan fungsi2 yang berbeza, Allah menciptakan matahari untuk menerangi, diciptakan udara untuk bernafas dan lain2 lagi...


jelas menunjukkan bahawa hadir kita ke bumi bukanlah hanya sekadar hiasan malah mempunyai fungsi2 tersendiri.....secara umumnya kewujudan manusia di muka bumi ini mempunyai dua fungsi iaitu sebagai khalifah dan hamba kepada si Pencipta....




fungsi manusia yang pertama adalah sebagai hamba kepada Allah..kita sebagai manusia merupakan makhluk yang sangat lemah, kehidupan manusia bergantung penuh kepada alam yang telah diciptakaNya..tidak seperti makhluk yang lain seperti jin dan syaitan yang mempunyai kelebihan tersendiri seperti terbang dan mampu berlapar dalam tempoh yang sangat lama..disebabkan itu,kita sebagai manusia perlulah mengabdikan diri kepada Allah...
hanya dengan kuasa dan rahmat Allah sahaja yang melindungi kita sebagai manusia dalam menempuh cabaran didunia ini secara zahir mahupun tersembunyi...


walaupun manusia merupakan makhluk yang lemah, tapi kita merupakan makhluk yang paling tinggi darjatnya berbanding makhluk2 lain.


Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.
                                                                                                                                                                                                  Al Baqarah:34




fungsi kedua sebagai manusia ialah khalifa. khalifa secara dasarnya ialah pemimpin yang mengatur apa2 sahaja didunia ini secara holistik dan tidak lari pada hakikat bermanusia yang diajar di dalam kitab suci Al Quran serta ajaran nabi......justeru, kita umat dan makhluk pilihan harus memainkan peranan penting dalam membentuk dunia ini secara amnya.....


persoalannya, pada hari ini adakah umat islam itu sendiri mengikut garis panduan atau pun cara hidup yg telah diajar di dalam Al Quran dan hadis2....?


HAKIKATnya, dunia ini telah mengalami pelbagai perubahan...malangnya dunia kini bukannya ditakbir berlandaskan agama...tetapi hanya bersandarkan logik akal mereka sahaja......agama diasingkan terus dalam sistem berkehidupan di dunia ini. Kesan daripada itu, timbullah banyak rahsuah, penipuan, dan lain2 lagi...


Justeru itu, umat Islam sebagai manusia pilihan harus kembali memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah. Umat Islam tidak sepatutnya hanya memikirkan masalah setempat. Umat Islam tidak seharusnya hanya berasa bertanggungjawab ke atas pencapaian mereka sebagai individu atau kelompok yang lebih kecil. Umat Islam tidak seharusnya hanya memfokus kepada penyelesaian masalah dan pembinaan masyarakat suku bangsanya.

Sudah tiba masanya umat Islam harus berfikiran sejagat berminda khalifah. Sudah tiba masanya umat Islam harus melihat dunia global sebagai jajahan atau daerah yang perlu ditabdir dan masyarakatnya (manusia) diuruskan mengikut prinsip-prinsip yang diterangkan dalam al-Quran, al-Hadis dan Sunnnah Rasulullah s.a.w. Sudah tiba masanya untuk mengkaji semula kaedah atau pendekatan pengurusan dalam Islam. Sudah tiba masanya untuk untuk kita mementingkan fardu kifayah. Sudah tiba masanya individu dan umat Islam bukan sekadar menghitung apa yang diberi tetapi memberi apa yang perlu diberi....



semoga kita mendapat iktibar dari entri ni. Saya berpesan kepada diri saya dan para pembaca agar saling memperingati atas kesalahan yang pernah dilakukan dan memperbaiki kesalahan agar dapat menjadi insan yang dikasihi manusia dan Allah...


Wallahu A'lam

Wednesday 22 June 2011

Lontaran Jenaka

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Pengasih.

Persembahan teater yang selalu dimainkan pada setiap hari, setiap saat di atas pentas hidup kita kebiasaannya diwarnai dengan elemen-elemen yang mempunyai jenaka. Namun serentak dengan agenda itu, dimainkan pula satu lakonan yang dihujani air mata. 

Apa yang tersirat, dan apa yang tersurat adalah apa yang cuba saya sampaikan melalui entri kali ini. Mukadimah tentang pentas hidup kita yang senantiasa diwarnai dan diisi dengan elemen jenaka dan sedih merupakan satu rutin bagi si pembawa watak. Ironi kepada mukadimah saya, elemen jenaka yang cuba diketengahkan. Propaganda dalam jenaka. Penghinaan dalam jenaka. Tidak lupa juga satu aturan nasihat dalam jenaka lama. 

Namun dalam setiap perkara, termaktub satu piawaian dan ketetapan agar setiap perkara mempunyai etika. Bermula dari lontaran hujah, sehingga kepada lontaran jenaka. Kerana manusia itu bertamadun dan mempunyai moraliti serta adat yang diterima pakai.

Rasulullah s.a.w bersabda "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Dalam Islam, walau berjenaka sekalipun, pengisiannya haruslah kebenaran semata-mata. Kerana Islam itu adalah agama kebenaran dan Islam menekankan dan menyatakan betapa pentingnya adab dalam melakukan setiap perkara.

Perkara kedua yang harus masyarakat fahamkan ialah larangan untuk kita meletakkan arah tuju gurauan atau jenaka kita untuk menakutkan orang lain.

"Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barang siapa mengambil barang saudarnya hendaklah dia mengembalikannya" Riwayat Abu Daud.

HAKIKATnya ,saya berpesan kepada diri saya dan para sahabat

Secara konklusinya,madah berjenaka harus disebatikan bersama etika dan adat kerana kita manusia bertemadun.......salam persahabatan.....Assalamualaikum...

Cinta Dibangku Sekolah?.

Perasaan cinta...



Perasaan cinta adalah satu lumrah semulajadi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Ianya juga menjadi satu keperluan utama bagi setiap manusia yang hidup diatas muka bumi ini untuk saling menyayangi diantara satu sama lain. Simboliknya perasaan cinta ini apabila ianya dijadikan suatu legenda bermula daripada skop sejarah Islam iaitu, Adam & Hawa, Yusof & Zulaika, Muhammad dan Aishah hingga ke persada Eropah iaitu Romeo & Juliet, Vallentino & Gabriella dan sebagainya. Perasaan cinta mula berputik apabila sesorang itu mula merasakan perasaan aneh ataupun ketidak-tenteraman dari aspek naluri dan emosi. Secara khususnya, manusia dijadikan berpasang-pasangan bagi menyempurnakan kehidupan sesama mereka. Secara normalnya, lelaki akan terpikat terhadap wanita dan wanita juga akan terpikat kepada lelaki (bagaimana pula anda ?). Adakah cinta itu hadir dari segi fizikal?, atau meterial?, atau nilai ketaqwaan seseorang?, itu terpulang kepada pandangan seseorang itu terhadap "penarik" perhatian mereka. Tambahan lagi, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud, "lelaki itu pemimpin keatas wanita". Persoalannya, adakah cinta yang melibatkan pasangan adam dan hawa ini perlu ketika dibangku sekolah?.

Adakah ianya perlu ketika dibangku sekolah dan apakah kesannya...

Persoalan utama bagi "perlukah seseorang itu bercinta dibangku sekolah" yang dapat diungkai adalah apakah matlamat utama mereka hadir ke sekolah. Secara "hipokritnya" sesetengah daripada mereka akan menjawab "sudah tentulah ingin mengejar cita-cita". Namun pada hakikatnya, hampir 97% pelajar di Malaysia ini sudah terjebak didalam arus cinta dan hampir 90% daripada nilai tersebut musnah akibat "dibius cinta". Adakah masyarakat pada hari ini sedar akan pentingnya pendidikan terhadap pentransformasian kehidupan mereka. Boleh dikatakan masyarakat belia pada hari ini hanyut dibuai arus asmara yang bakal menggulingkan diri mereka kearah kejatuhan. Fikiran mereka tidak lagi mampu meresap nilai ilmu yang dihembus disebabkan "pengroblokkan" perasaan cinta yang kononnya ia adalah segalanya. Pada pendapat saya, jujurnya saya katakan pernah saya ikuti perkembangan seseorang yang dibuai perasaan cinta ini ketika sesi P&P. Seringkali "dia" tersenyum bersendirian, melakukan perkara aneh seperti menconteng " fulan love fulanah" dan sebagainya di kain sarung uniform sekolah "dia". Paling menyedihkan, buku yang sepatutnya dijadikan bahan santapan minda dijadikan tempat mengukir perasaan kasih dan sayang si "dia" serta melakar gambar organisma yang hanya mempunyai satu warna dan sebagainya sebagai tanda simboliknya perasaan cinta yang kononnya si "dia" bina bersama pasangannya. Perkara sebegini sering dipandang normal yang pada hakikatnya perkara sebeginilah yang bakal membawa manusia seperti ini ke kancah kemaksiatan. Apakah tindakan anda?. Sedarlah wahai belia sekalian. Kita sewajarnya terlebih dahulu maju daripada segalanya dari aspek ilmu pengetahuan. Adakah pribahasa "sudah tergantuk baru tengadah" ingin anda sarungkan pada kehidupan anda?. Sedarlah bahawa mimpi tidak selalunya indah, langit tidak semestinya cerah. Pandanglah pada masa hadapan. Adakah anda pasti yang anda dan pasangan anda adalah pasangan yang akan kekal abadi sedangkan lebih ramai "bakal' pasangan anda yang lebih berilmu bakal anda temui setelah keluar dari kempopong sekolah? renung-renungkanlah kerana saya juga seorang pelajar seperti anda yang mampu mengendalikan perasaan,nafsu,emosi dan pemikiran.Terlalu kerap bagi kita yang mendengar desas-desus kesan daripada cinta monyet ini mengundang kepada kelahiran bayi tanpa bapa dan bagaimanapula jika perkara seperti ini berlaku kepada diri anda. Ianya bermula dengan perkataan "cuba-cuba", "sikit sahaja", dan sebagainya. Dan adakah anda baru sedar akan betapa mencabarnya ketika anda mula memasuki fasa pekerjaan. Bagaimanapula dengan bayi yang tidak bersalah itu?. Terbelakah nasibnya?. Sebelum anda memikirkan adakah anda dapat membesarkan bayi itu dengan sempurna, wajarlah anda terlebih dahulu berfikir adakah anda sendiri mampu mengurus hidup anda yang pada saat itu anda ketiadaan ruang untuk mencari sesuap nasi akibat perasaan yang anda cipta ketika dibangku sekolah dahulu. Tahukah anda cinta yang anda bina ketika di bangku sekolah mahupun persubahatan anda terhadap apa yang anda tahu tentang gejala sedemikian tanpa mendorong untuk membetulkan ia walaupun anda sanggup menafikannya dan mempertahankannya ianya hanya mengundang kemaksiatan semata-mata yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t yang maha mengetahui??..Allah s.w.t berfirman yang bermaksud ;

"Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan ingatlah, Allah setiasa meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan (108) Sedarlah! kamu ini adalah orang-orang (yang menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah s.w.t untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah?) (109) Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah s.w.t, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (110)"
(Surah An-Nisa')

Apakah tindakan anda?.. 
Renung-renungkanlah perungkaian diatas dan selamilah dengan sedalam-dalamnya apakah yang dimaksudkan cinta monyet dan apakah pula kesan yang bakal anda dapati setelah mencubanya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud ;

"Tidak sempurna iman seseorang itu hingga aku (muhammad) dikasihi melebihi anak-anaknya, bapa-bapanya dan manusia-manusia lain" (Al-Hadith)

Sedarlah, cinta yang terbaik adalah cinta kepada Allah s.w.t kerana cinta kepadaNya adalah cinta yang kekal abadi.

Tuesday 21 June 2011

Paksi Kejujuran.

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Moga penulisan saya mendapat barakah dan secara tidak langsung sebagai peringatan kepada para sahabat dan diri saya sendiri, insyaAllah.

Entri ini tidaklah bertindak sebagai satu wacana luahan hati mahupun sidang melepaskan rasa tidak puas hati. Hanyalah medium meletakkan minda kita pada satu tahap mampu berfikir secara rasional.

"Paksi kejujuran"


Satu wadah kata yang sangat mudah dikatakan dan diintepritasikan. Kotak pemikiran masyarakat kita yang terlalu sempit dan gelap yang tidak pernah faham ape itu 'jujur'. Jujur dalam konteks persahabatan, jujur dalam konteks belajar, jujur dalam konteks bercinta dan sebagainya. Nahh..begitu luas sekali konteks kejujuran itu yang dimainkan dalam pentas teater hidup kita.


Namun tika dan saat ini, cukup lah bagi saya berbicara tentang paksi serta konsep kejujuran dalam belajar.

"Jujur dalam belajar? Maksudnya tak meniru masa peperiksaan, begitu?"


:)

Saya percaya itulah yang terlintas di benak fikiran para sahabat saya. Tapi apa sebenarnya konteks kejujuran dalam belajar yang ingin saya katakan ialah tujuan dan sebab mengapa kita belajar. Pernah satu ketika saya disoal oleh salah seorang penceramah yang pernah hadir ke sekolah saya.

"mengapa adik datang ke sekolah?", soal si penceramah tersebut yang segak orangnya, tinggi dan senyumannya sangat manis. Mungkin hasil konsep didikan di sekolah yang tidak begitu tepat dan tidak begitu jelas asasnya menyebabkan jawapan yang bermain berlegar-legar di setiap sel otak saya ialah..

"sebab saya nak jadi seorang juruterbang satu hari nanti". Dan memang inilah yang saya jawab kepada si penceramah tersebut. Tersentak hati saya apabila jawapan yang diberi si penceramah tersebut cukup menusuk dan tersemat di hati saya. Kita belajar untuk hidup, kita belajar kerana ilmu itu ilmu Allah walau sebesar zarah. Tinggi darjatnya disisi Allah bagi orang yang berilmu. Maka satu perkara yang harus bagi kita untuk menyebar dan berkongsi.




Andai diletakkan niat dan kepentingan menuntut ilmu itu adalah kerana Dia, maka kita tidak pernah rugi walau sesen. Bahkan bertambah kaya. HAKIKAT belajar untuk menjadi apa dicita-citakan itu sebenarnya hanyalah sekadar bonus bagi kita. "Tuntutlah ilmu walau ke negeri cina"

Jelas menunjukkan betapa Islam itu cintakan ilmu, betapa Islam itu menyuruh kita menuntut ilmu. Disaat saya terleka dan rasa berat untuk menggerakkan badan pergi ke kelas walau secara ironinya tenaga yang melebihi 420 Joule itu mampu disalurkan untuk menggerakkan tubuh pergi ke kelas, saya akan bertanya..mengapa saya pergi ke kelas? Kerana ilmu. Tidak kisahlah andai kelas tutorial sejam, si pensyarah hanya menyebarkan ilmu walau satu slide. Kerana menuntut ilmu itu juga satu jihad.

Secara konklusinya, seharusnya kita jujur dalam belajar. Betolkan niat, mengapa kita belajar dan mengapa kita pergi kelas dan lain-lain. Kerana itulah hakikat paksi kejujuran dalam belajar.

Sekian, salam persahabatan. Assalamualaikum. ^^




hahahahaha.......:)

haha....aku pun x tau pasal aku buat bende nie....hehehe

hakikat bercinta...:)

Bercinta?...aper maknenye ar?....cinta bolehlah ditakrifkan sebagai satu fitrah berkasih sayang, berbelas kasihan antara sesama makhluk dan satu perasaan yang sangat halus dan sngat sukar untuk diungkapkan




tanpa cinta, manusia akan rase kekosongan atau boringlah senang citer.....HAKIKATnye manusia  tak boleh lari pada fitrah bercinte nie sebenarnye......kata lainnye....bercinte nie bagus.....tapi!!!!!!...yang jadi masalahnye...bile manusia membuat @ mengadakan standard sendiri dalam bercinta tanpa mengikut standard yang di tetapkan dalam islam(Al-Quran dan Sunah)-ha!!!nie lah masalah besarnye.......kebanyakan remaja sekarang nie meletakkan perasaan cinte dieorang ngan nafsu syahwat,harte bende, dan lain2.....yg dieorang tau bercinta sebab nak kahwin, dapat semangat nak belajarlah konon....macam lah semangat tu dieorang punyer couple yang bagi...hehe....kebanyakanya akan cakap"kiteorang memang saling menyukai,mencintai....kiteorang just biase2 jer....pegang tangan tu biaselah....yang penting kiteorang bahagia"....hahaha....pegang2 tangan tu dah cukup menunjukkan dieorang bercinta dengan meletakkan nafsu syahwat sebagai geng dieorang.......kesian sebenarnye, sebab dieorang x tau HAKIKAT bercinte tu sebenarnye............akhir kate....islam x pernah memusuhi cinta malah berteraskan cinte...sebab cinte nie fitrah yang suci....cume kite kne tau maksud cinte tu dulu,maknenye,jenis2,dan lain2 lagi....cinte kite wajiblah ader peringkatnye...:first kite mestilah cinte kepada Allah S.W.T.....nie tidak kalau nak dating on time jer...kalau nak dating dengan tuhan...lambat pun x per.....then,kite mesti cinta pada para nabi....dan lastly, barulah cinta sesama mukmin....ha!!!! nampak x.....harap supaye KITE boleh berubah  kepade yg lebih baik.....terutamanye dalam mencari cinta sejati...CINTA KUDUS....Amin.....salam



Assalamualaikum.....salam perkenalan

Salam....saya baru lagi dalam dunia blog nie....blog yg ingin saya kongsikan nie bertemakan kepelbagaian kejadian dan peristiwa yg berlaku dalam kalangan masyarakat kite sekarang nie....saye berminat untuk mengupas keadaan sosial secara holistik yang berlaku dalam dunie nie secara amnya dan masyarakat setempat khususnya...saya harap kawan2 dapat beri tunjuk ajar tentang selok belok berbloging nie.....salam