Monday, 27 June 2011

Drama Mahasiswa

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Permulaan kata, permulaan bicara, mulakan dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Semoga pembaca dan diri saya sentiasa dalam keredhaanNya. Amin.

Susur alur aturan perjalanan hidup kita seringkala diselitkan dengan drama kanak-kanak yang tidak matang dan jarang sekali bertindak berpaksikan rasional diri. Sikap pra-matang inilah yang bagi saya begitu menjijikkan untuk didekati mahupun dilihat oleh kerana baunya yang cukup busuk. Sebaldi air mata ditakrifkan sebagai apa itu "sejati". Usah bercanda. Apa utuh hujah kamu?

Saya yakin, segelintir pembaca sudah meletakkan tanda soal diaatas kepala. Timbul persoalan yang begitu mudah dijawab. Mengapa tajuk entri tidak begitu selari dengan isi entri? Apakah wujud satu pertelingkahan dimensi diantara "drama mahasiswa" dan juga "drama kanak-kanak yang kotor dan jijik" ?

Ada. Kerana drama mahasiswa hanya pada nama dan pangkat umur. Namun tindakan sesetengah daripada kita sudah jelas meletakkan dimana posisi kita.

Drama persahabatan?

Drama cinta?

Drama pelajaran?

Bertindak seolah-olah ada diantara kita merupakan malaikat? Perawi hadith? Ketawa berdekah si syaitan yang direjam kerana berjaya membisik kata-kata menghasut.

Drama pelajaran. Kamu kata kamu cintakan ilmu, namun tatkala si pemberi ilmu tiada, lincah mulutmu berbicara melontarkan cerita tak berfaedah. Busuk hatimu kerana penyebar fitnah. Penipu! Pengkhianat! Kamu tusukkan satu persatu pisau kepada si dia yang menyebarkan ilmu kepadamu! Dusta kamu! Kerana satu kesilapan, kamu keji si dia. Sedarkah kamu, si penuntut ilmu?

Drama cinta. Usah dibicara. Sudah tersemat di hati. Sudah dalam ilmu kita. Ironinya cuma segelintir sahaja yang begitu bodoh dan goblok kerana tidak mahu mengakuinya.

Drama persahabatan. Andai kamu meletakkan "sayang" terhadap sahabat kamu, ianya bukan tiket untuk kamu mengawal jalan cerita hidup sahabat kamu. Dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia keluar dan sebagainya. Tetapi sematkanlah dengan nasihat dan pengaruh ke arah kebaikan. Sesungguhnya, ia akan menjadi lebih indah.......


Ibnu Abbas menceritakan :”Nabi SAW berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh baginda suara dua orang sedang disiksa dalam kuburnya. Maka bersabda Rasulullah SAW :”Keduanya disiksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian baginda melanjutkan perkataannya,:”Yang seorang disiksa kerana kencing di tempat terbuka) dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu baginda menyuruh supaya mengambil pelepah tamar lalu dipatah dua oleh baginda dan diletakkan di atas kedua kubur itu masing-masing satu pelepah. Seseorang pun bertanya:”Ya Rasulullah! Mengapa kamu lakukan seperti itu?” Jawab baginda “Mudah-mudahan kedua-duanya mendapat keringanan selama pelepah tamar itu tidak kering.”
IMAM BUKHARI


Tutup cerita. Saya sayang para sahabt saya. :)

Sekian. Assalamualaikum wbt. ^^

No comments:

Post a Comment