Wednesday, 22 June 2011

Cinta Dibangku Sekolah?.

Perasaan cinta...



Perasaan cinta adalah satu lumrah semulajadi yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada hambanya. Ianya juga menjadi satu keperluan utama bagi setiap manusia yang hidup diatas muka bumi ini untuk saling menyayangi diantara satu sama lain. Simboliknya perasaan cinta ini apabila ianya dijadikan suatu legenda bermula daripada skop sejarah Islam iaitu, Adam & Hawa, Yusof & Zulaika, Muhammad dan Aishah hingga ke persada Eropah iaitu Romeo & Juliet, Vallentino & Gabriella dan sebagainya. Perasaan cinta mula berputik apabila sesorang itu mula merasakan perasaan aneh ataupun ketidak-tenteraman dari aspek naluri dan emosi. Secara khususnya, manusia dijadikan berpasang-pasangan bagi menyempurnakan kehidupan sesama mereka. Secara normalnya, lelaki akan terpikat terhadap wanita dan wanita juga akan terpikat kepada lelaki (bagaimana pula anda ?). Adakah cinta itu hadir dari segi fizikal?, atau meterial?, atau nilai ketaqwaan seseorang?, itu terpulang kepada pandangan seseorang itu terhadap "penarik" perhatian mereka. Tambahan lagi, Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud, "lelaki itu pemimpin keatas wanita". Persoalannya, adakah cinta yang melibatkan pasangan adam dan hawa ini perlu ketika dibangku sekolah?.

Adakah ianya perlu ketika dibangku sekolah dan apakah kesannya...

Persoalan utama bagi "perlukah seseorang itu bercinta dibangku sekolah" yang dapat diungkai adalah apakah matlamat utama mereka hadir ke sekolah. Secara "hipokritnya" sesetengah daripada mereka akan menjawab "sudah tentulah ingin mengejar cita-cita". Namun pada hakikatnya, hampir 97% pelajar di Malaysia ini sudah terjebak didalam arus cinta dan hampir 90% daripada nilai tersebut musnah akibat "dibius cinta". Adakah masyarakat pada hari ini sedar akan pentingnya pendidikan terhadap pentransformasian kehidupan mereka. Boleh dikatakan masyarakat belia pada hari ini hanyut dibuai arus asmara yang bakal menggulingkan diri mereka kearah kejatuhan. Fikiran mereka tidak lagi mampu meresap nilai ilmu yang dihembus disebabkan "pengroblokkan" perasaan cinta yang kononnya ia adalah segalanya. Pada pendapat saya, jujurnya saya katakan pernah saya ikuti perkembangan seseorang yang dibuai perasaan cinta ini ketika sesi P&P. Seringkali "dia" tersenyum bersendirian, melakukan perkara aneh seperti menconteng " fulan love fulanah" dan sebagainya di kain sarung uniform sekolah "dia". Paling menyedihkan, buku yang sepatutnya dijadikan bahan santapan minda dijadikan tempat mengukir perasaan kasih dan sayang si "dia" serta melakar gambar organisma yang hanya mempunyai satu warna dan sebagainya sebagai tanda simboliknya perasaan cinta yang kononnya si "dia" bina bersama pasangannya. Perkara sebegini sering dipandang normal yang pada hakikatnya perkara sebeginilah yang bakal membawa manusia seperti ini ke kancah kemaksiatan. Apakah tindakan anda?. Sedarlah wahai belia sekalian. Kita sewajarnya terlebih dahulu maju daripada segalanya dari aspek ilmu pengetahuan. Adakah pribahasa "sudah tergantuk baru tengadah" ingin anda sarungkan pada kehidupan anda?. Sedarlah bahawa mimpi tidak selalunya indah, langit tidak semestinya cerah. Pandanglah pada masa hadapan. Adakah anda pasti yang anda dan pasangan anda adalah pasangan yang akan kekal abadi sedangkan lebih ramai "bakal' pasangan anda yang lebih berilmu bakal anda temui setelah keluar dari kempopong sekolah? renung-renungkanlah kerana saya juga seorang pelajar seperti anda yang mampu mengendalikan perasaan,nafsu,emosi dan pemikiran.Terlalu kerap bagi kita yang mendengar desas-desus kesan daripada cinta monyet ini mengundang kepada kelahiran bayi tanpa bapa dan bagaimanapula jika perkara seperti ini berlaku kepada diri anda. Ianya bermula dengan perkataan "cuba-cuba", "sikit sahaja", dan sebagainya. Dan adakah anda baru sedar akan betapa mencabarnya ketika anda mula memasuki fasa pekerjaan. Bagaimanapula dengan bayi yang tidak bersalah itu?. Terbelakah nasibnya?. Sebelum anda memikirkan adakah anda dapat membesarkan bayi itu dengan sempurna, wajarlah anda terlebih dahulu berfikir adakah anda sendiri mampu mengurus hidup anda yang pada saat itu anda ketiadaan ruang untuk mencari sesuap nasi akibat perasaan yang anda cipta ketika dibangku sekolah dahulu. Tahukah anda cinta yang anda bina ketika di bangku sekolah mahupun persubahatan anda terhadap apa yang anda tahu tentang gejala sedemikian tanpa mendorong untuk membetulkan ia walaupun anda sanggup menafikannya dan mempertahankannya ianya hanya mengundang kemaksiatan semata-mata yang mendatangkan kemurkaan Allah s.w.t yang maha mengetahui??..Allah s.w.t berfirman yang bermaksud ;

"Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka, ketika mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh Allah. Dan ingatlah, Allah setiasa meliputi PengetahuanNya akan apa yang mereka lakukan (108) Sedarlah! kamu ini adalah orang-orang (yang menyimpang dari kebenaran), kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah) dalam kehidupan dunia ini, maka siapakah yang akan berhujah kepada Allah s.w.t untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak? Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang disediakan oleh Allah?) (109) Dan sesiapa yang melakukan kejahatan atau menganiaya dirinya sendiri (dengan melakukan maksiat), kemudian ia memohon ampun kepada Allah s.w.t, nescaya ia akan mendapati Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (110)"
(Surah An-Nisa')

Apakah tindakan anda?.. 
Renung-renungkanlah perungkaian diatas dan selamilah dengan sedalam-dalamnya apakah yang dimaksudkan cinta monyet dan apakah pula kesan yang bakal anda dapati setelah mencubanya. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud ;

"Tidak sempurna iman seseorang itu hingga aku (muhammad) dikasihi melebihi anak-anaknya, bapa-bapanya dan manusia-manusia lain" (Al-Hadith)

Sedarlah, cinta yang terbaik adalah cinta kepada Allah s.w.t kerana cinta kepadaNya adalah cinta yang kekal abadi.

No comments:

Post a Comment