Wednesday, 22 June 2011

Lontaran Jenaka

Assalamualaikum wbt.

Dengan nama Allah yang Maha Permurah lagi Maha Pengasih.

Persembahan teater yang selalu dimainkan pada setiap hari, setiap saat di atas pentas hidup kita kebiasaannya diwarnai dengan elemen-elemen yang mempunyai jenaka. Namun serentak dengan agenda itu, dimainkan pula satu lakonan yang dihujani air mata. 

Apa yang tersirat, dan apa yang tersurat adalah apa yang cuba saya sampaikan melalui entri kali ini. Mukadimah tentang pentas hidup kita yang senantiasa diwarnai dan diisi dengan elemen jenaka dan sedih merupakan satu rutin bagi si pembawa watak. Ironi kepada mukadimah saya, elemen jenaka yang cuba diketengahkan. Propaganda dalam jenaka. Penghinaan dalam jenaka. Tidak lupa juga satu aturan nasihat dalam jenaka lama. 

Namun dalam setiap perkara, termaktub satu piawaian dan ketetapan agar setiap perkara mempunyai etika. Bermula dari lontaran hujah, sehingga kepada lontaran jenaka. Kerana manusia itu bertamadun dan mempunyai moraliti serta adat yang diterima pakai.

Rasulullah s.a.w bersabda "Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah!"

Dalam Islam, walau berjenaka sekalipun, pengisiannya haruslah kebenaran semata-mata. Kerana Islam itu adalah agama kebenaran dan Islam menekankan dan menyatakan betapa pentingnya adab dalam melakukan setiap perkara.

Perkara kedua yang harus masyarakat fahamkan ialah larangan untuk kita meletakkan arah tuju gurauan atau jenaka kita untuk menakutkan orang lain.

"Janganlah salah seorang dari kalian mengambil barang milik saudaranya baik bercanda ataupun bersungguh-sungguh, barang siapa mengambil barang saudarnya hendaklah dia mengembalikannya" Riwayat Abu Daud.

HAKIKATnya ,saya berpesan kepada diri saya dan para sahabat

Secara konklusinya,madah berjenaka harus disebatikan bersama etika dan adat kerana kita manusia bertemadun.......salam persahabatan.....Assalamualaikum...

No comments:

Post a Comment