Assalamualaikum wbt.
Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih. Moga penulisan saya mendapat barakah dan secara tidak langsung sebagai peringatan kepada para sahabat dan diri saya sendiri, insyaAllah.
Entri ini tidaklah bertindak sebagai satu wacana luahan hati mahupun sidang melepaskan rasa tidak puas hati. Hanyalah medium meletakkan minda kita pada satu tahap mampu berfikir secara rasional.
"Paksi kejujuran"
Satu wadah kata yang sangat mudah dikatakan dan diintepritasikan. Kotak pemikiran masyarakat kita yang terlalu sempit dan gelap yang tidak pernah faham ape itu 'jujur'. Jujur dalam konteks persahabatan, jujur dalam konteks belajar, jujur dalam konteks bercinta dan sebagainya. Nahh..begitu luas sekali konteks kejujuran itu yang dimainkan dalam pentas teater hidup kita.
Namun tika dan saat ini, cukup lah bagi saya berbicara tentang paksi serta konsep kejujuran dalam belajar.
"Jujur dalam belajar? Maksudnya tak meniru masa peperiksaan, begitu?"
:)
Saya percaya itulah yang terlintas di benak fikiran para sahabat saya. Tapi apa sebenarnya konteks kejujuran dalam belajar yang ingin saya katakan ialah tujuan dan sebab mengapa kita belajar. Pernah satu ketika saya disoal oleh salah seorang penceramah yang pernah hadir ke sekolah saya.
"mengapa adik datang ke sekolah?", soal si penceramah tersebut yang segak orangnya, tinggi dan senyumannya sangat manis. Mungkin hasil konsep didikan di sekolah yang tidak begitu tepat dan tidak begitu jelas asasnya menyebabkan jawapan yang bermain berlegar-legar di setiap sel otak saya ialah..
"sebab saya nak jadi seorang juruterbang satu hari nanti". Dan memang inilah yang saya jawab kepada si penceramah tersebut. Tersentak hati saya apabila jawapan yang diberi si penceramah tersebut cukup menusuk dan tersemat di hati saya. Kita belajar untuk hidup, kita belajar kerana ilmu itu ilmu Allah walau sebesar zarah. Tinggi darjatnya disisi Allah bagi orang yang berilmu. Maka satu perkara yang harus bagi kita untuk menyebar dan berkongsi.
Andai diletakkan niat dan kepentingan menuntut ilmu itu adalah kerana Dia, maka kita tidak pernah rugi walau sesen. Bahkan bertambah kaya. HAKIKAT belajar untuk menjadi apa dicita-citakan itu sebenarnya hanyalah sekadar bonus bagi kita. "Tuntutlah ilmu walau ke negeri cina"
Jelas menunjukkan betapa Islam itu cintakan ilmu, betapa Islam itu menyuruh kita menuntut ilmu. Disaat saya terleka dan rasa berat untuk menggerakkan badan pergi ke kelas walau secara ironinya tenaga yang melebihi 420 Joule itu mampu disalurkan untuk menggerakkan tubuh pergi ke kelas, saya akan bertanya..mengapa saya pergi ke kelas? Kerana ilmu. Tidak kisahlah andai kelas tutorial sejam, si pensyarah hanya menyebarkan ilmu walau satu slide. Kerana menuntut ilmu itu juga satu jihad.
Secara konklusinya, seharusnya kita jujur dalam belajar. Betolkan niat, mengapa kita belajar dan mengapa kita pergi kelas dan lain-lain. Kerana itulah hakikat paksi kejujuran dalam belajar.
Sekian, salam persahabatan. Assalamualaikum. ^^
No comments:
Post a Comment